Ini adalah pos nombor satu saya.
Pei Hwa dan saya telah membuat keputusan untuk 'blog' dalam bahasa melayu selama seminggu yang berjumlah kepada tujuh pos.
Seboleh anda lihat atau ketahui bahawa saya tidak fasih dalam bahasa melayu, bahasa melayu saya adalah seperti sampah. Ini kerana, sejak tamat spm saya telah mencampaknya ke dalam longkang.
Sejak kecil lagi, saya mempunyai masalah dalam bahasa melayu. Karangan sentiasa mendapat 40% dan seluruh darjah tingkatan, saya diiringi oleh sebuah kamus dwibahasa! tentulah English - BM !!! KLK(Ketawa Luar Kawalan).
Saya, akan berhenti di sini dahulu. Kebelakangan ini, saya amat malas memblog. Banyak telah terjadi, mesti cari satu hari untuk memblog.
No comments:
Post a Comment